Tasawuf

7 01 2009

Semasa aku kecil, aku pernah diberitahu bahawa ada 2 jalan untuk menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. Jalan pertama ialah jalan yang dilalui oleh para Nabi2 dan para Rasul2 sementara jalan yang kedua adalah jalan para wali. Kedua-dua jalan ini tidak mudah, namun jalan para wali lebih mudah dari jalan para Nabi2 dan Rasul2. Jalan para wali itulah Tasawuf.

Oleh kerana aku masih kecil, aku hanya menerima sahaja. Manalah mampu untuk menafikan.

Dengan peredaran masa, aku mula mendapat pelbagai maklumat berkaitan Tasawuf. Input yang terbaik pada pandangan aku adalah apa yang ditulis oleh Prof Dr Hamka di dalam bukunya “Tasawuf Moden”. Tidak kurang juga pelbagai tafsiran dan input dari pelbagai pihak. Dari Tasawuf yang bertujuan untuk menyucikan jiwa ataupun Tazkiyyat al-Nafs, sehinggalah kepada Tasawuf yang mendakwa tidak perlu bersolat.

Ada 3 pandangan berkaitan dengan Tasawuf yang aku tahu. Pandangan pertama mengatakan bahawa Tasawuf itu benar kesemuanya. Pandangan kedua mengatakan Tasawuf itu sesat kesemuanya dan pandangan yang ketiga mengatakan bahawa perlu dilihat pengisian ajaran tasawuf tersebut. Mana yang menepati Al-Quran dan Al-Sunnah adalah benar dan yang menyalahinya adalah sesat.

Setakat ini aku berpegang kepada pandangan ke-3. Tasawuf yang melibatkan pembersihan jiwa dari sifat-sifat mazmumah dan tidak melakukan bid’ah dalam apa bentuk padaku adalah tasawuf yang benar, manakala Tasawuf yang melibatkan penafsiran yang menyalahi salaf-al-ummah, melakukan bid’ah dengan berleluasa padaku adalah tasawuf yang menyimpang.

Minggu lepas aku berpeluang untuk membelek satu buku yang bertajuk “Tarekat Tasawuf: Sesudah Ma’rifatullah”. Setakat kefahamanku, ia adalah buku yang mencampuradukkan perkara yang benar dan yang batil. Cuba lihat gambarajah di bawah; Ia terkandung di dalam buku yang aku sebutkan.

jalan2Gambarajah ini benar-benar seperti apa yang pernah diberitahu kepadaku semasa aku kecil. Jika dulu aku menerima sahaja, tapi kini aku menolak pembahagian ini. Adalah sesuatu yang menyesatkan untuk mengatakan bahawa ada jalan lain untuk mencapai keredhaan Allah selain dari jalan yang ditunjukkan oleh para Nabi dan Rasul (untuk era kita ia adalah jalan Nabi Muhammad SAW).

Hal ini mengingatkan aku kepada satu hadith;

Daripada Abdullah bin Mas’ud katanya: “Pada suatu hari Rasulullah telah membuat satu garis sambil bersabda: Ini adalah Jalan Allah. Kemudian baginda membuat beberapa garisan disebelah kanan dan kiri garisan tadi dan bersabda: Ini adalah beberapa jalan yang masing-masing mempunyai Syaitan yang menyeru kepadanya. Kemudian Baginda membaca ayat: Sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa. (al-An’am: 153)

Mungkin ada mereka yang mengatakan bahawa Jalan Allah itu termasuk juga di dalamnya jalan para wali seperti pembahagian didalam gambarajah di atas, namun padaku kata-kata ini tidak benar berdasarkan;

Katakanlah: “Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku(1), pasti Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Ali ‘Imran: 31) (1) Ikutlah sunnah Rasulullah SAW.

Jadi bagaimana seseorang yang tidak mengikuti jalan rasul boleh mencapai keredhaan Allah? Apakah jaminan mereka yang tidak mengikuti jalan Rasul mendapat kasih dan keampunan dari Allah?

Bagi pembaca artikel ini, berhati-hatilah dengan mereka yang mengaku sufi dan mengukuti tasawuf. Rajin-rajinlah bertanya tentang apa yang mereka bawa. Jangan nanti kita menyesal dengan penyesalan yang tiada sudahnya.





I hope I don’t forget this …

27 11 2008

“If you walk out of this mosque and decided to forget what I said and do nothing, then shame on you.”

“I’m a greedy person. Not greedy for this world, but for the hereafter. I want to be as close as I can be to Prophet Muhammad SAW and other prophets AS in Jannah”

“Learn Arabic language. It’s essential – no option”

Au qama qal: Words by Dr Yusuf Estes, 27th Nov 2008, Tan Sri Ainuddin Wahid Mosque.

Dr Yusuf Estes

Dr Yusuf Estes





Isu Boyfriend-Girlfriend – “We’re Just Friends” by Baba Ali

11 05 2008





Tafsir

8 05 2008